Wednesday 7 March 2012

PRODUK TERBARU DIPASARAN !

Salam kepada semua ....

Kini, TMS telah mengeluarkan satu produk baru yang memang SUPERB..!! TOP SOIL .... yang BERKUALITI dan MENYAKINKAN ... sesuai untuk tanaman pasu dan juga tanaman sayuran.... Jika mahu mencuba .. berminat sila hubungi en zhafran di talian 012 - 292 9224 untuk belian dan tempahan...

TOP SOIL BIO ORGANIK.... kini dipasaran....

Sunday 26 February 2012

suatu ketika dahulu

dahulu aku pernah bersekolah di sebuah sekolah rendah di kg.... sekolah ni namanya sekolah rendah kebangsaan padang sebang... mmg ramai yg bagus2 hasil dari sekolah ini.... i still remember cikgu cikgu kat situ... cikgu mahad, cikgu ramlah, cikgu puteh, cikgu sharif .. (yg lain2 masih ingat muka tapi nama dah lupa) - anyway disnilah awal pendidikan saya....

saya ada rakan sekelas yg duduk dipendalaman skit.. tp xdelah kena naik sampan nak gi sekolah... cukuplah saya gelarkan dia "s" ... masa sekolah dia mmg kelihatan selekeh berhingus .... cikgu selalu marah dia.. pernah sekali hati saya terusik sebab cikgu math hentak kepala dia kat papan hitam... kesian dia.. tp yelah saya kecil lag masa tu .. takut ngan cikgu pun ada....habis darjah 6.. terus xjumpa dia.. dan saya pun xtahu sama ada dia sambung form 1 atau tidak... tp dari dulu saya mmg yakin "s" akan berjaya...

nah.. terbukti "s" mmg berjaya ... tp dia xlah duduk dikerusi empuk .. berhawa dingin... ber"driver"  tp dia ada kambing.. dia ada lembu dia ada kebun... dia pengusaha... dan dia berjaya... alhamdulillah.... sebagai rakan masa kecil yg mmg dapat rasa dia leh gi jauh... saya ucapkan tahniah pada "s"...

"s" klu jumpa kat kg.. lalu depan umah nenek aku.. jgn lah ko xnak berhenti... jgn la asyik pandang2 jer...

moral of the story.... walupun xde spm .. xde diploma .. xde ijazah.. master phd.. jika berusaha insyaallah lebih pada tu ALLAH akan berikan....  

celoteh celoteh sikit....

assalammualaikum para pembaca... ni nak citer citer skit... kongsi kongsi pengalaman dan pengamatan...

dahulu, nenek nenek atau atuk (senang citer org lama)... nak bermenantukan org keje gomen... terjamin ...
 ( mmg betul xdpt dinafikan) senang citer ada pencen...
lepas tu ramai lak mak bapak kita suka anak dia kawin ngan org kerja swasta atau GLC... besar gajinya... org kerajaan gaji kecik... hehehhe....ha skrg ni kerajaan dah naik kan gaji para pekerja... maka berlumba-lumba la org nak kerja kerajaan dan berlumba lumba la org nak bermenantukan org kerja kerajaan.... maka sesak la kementerian-kementerian dan agensi agensi kerajaan.... nak nak pulak lepasan graduan semua hebat hebat belaka....

tapi kan...nak tanya tanya la... sampai bila graduan graduan hebat ini nak makan gaji yer..? seronok makan gaji ni sebab hujung bulan leh tekan ATM... ha.... kan dah ada angka baru.... citer saya ni bukan semua graduan... apa yg saya nak tekan kan adalah "kebergantungan" sumber .... pengangguran yg banyak .. nape? sebab masih bergantung utk makan gaji.... (klu yg dah dapat kerja oklah.... ni yg xdpt... ) plz do something... tanah yg ALLAH berikan ini luas... mcm tu la luasnya rezeki yg diberikan... USAHA dan TAWAKAL....

selagi kita berusaha dan tidak putus asa... mohon pada ALLAH insyaallah ALLAH akan beri...

setelah beberapa tahun berkecimpung dalam dunia pertanian ni... boleh tak nak kata sesuatu... mereka lebih hebat dari org kerja gomen.. kerja swasta.... mereka lebih ada "lumayan..."  kudrat mereka ... bukan calang2... dan mrka juga lebih hebat dari xxxxxxxxxxx .............oopssss xleh nak ckp .. bahaya... sebab mrka turun padang .. mrka tahu masalah tanaman, penyakit.. dan mrka tahu how to adjust penggunaan racun baja dan lain lain lagi... dan ada dikalangan mrka yg begitu terbuka dalam teknologi2 baru ini... dan berani utk mencuba.... senang kata klu tanam padi tu.... tgk daun padi jer dah tahu apa yg xckup utk tanaman itu.... (kat situlah kita panggil... pengalaman mengajar segalanya)... dan pengalaman saya dah banyak kali saya lihat mrka ni berkepuk2 fulus dalam poket nya... dkt situlah hebatnya para petani.... maybe pekerjaan ni xglamer tp mrka "tidak bergantung" pada suapan bulan2...

kita nak beli apa2.. use credit card.. or hutang bulan2... benda nilai kecik pun nak hutang tp petani2 yg saya jumpa mrka hebat.. sb mrka mampu byr tunai...

setelah saya berkecimpungan dalam bidang ni dan berkawan dgn mereka... ada ketika nya lepas solat kuar airmata ini sebab ALLAH memberi saya petunjuk yg rezeki itu luas... usahakan... buang sifat malas... disiplin.. buat pengurusan yg baik... tawakal (sebab DIA yg memberi).... syukur pada setiap yg ada.... sentiasa berusaha untuk buat lebih baik....

terima kasih ya ALLAH... kerna membuka mata ku ini... tanah yg diberi... usahakan... rezeki itu sentiasa ada...

DAPATKAN SEKARANG

Assalammualaikum dan salam sejahtera.....

Alhamdulillah .. produk-produk kami telah berada di Utara tanah air.. Jika ANDA ingin memperolehi produk-produk kami ini boleh berhubung dengan wakil utara kami iaitu syarikat M. IDRIS SB SDN BHD dan pegawai yang bertugas adalah :
 En. Taufik 019-488 5706 dan En. Nadzrul 019 - 623 7214.  

Produk yang ANDA boleh perolehi adalah
1. Baja Tonmai Granular - hot sales
2. Baja Foliar - hot sales
3. Tanjung Emas - Racun Siput Gondang Emas - very very hot sales

DAPATKAN SEKARANG!!!!! 

Friday 23 December 2011

TANJUNG EMAS .... dah ke UTARA....

Salam Semua..... Buat masa ini, produk kami TANJUNG EMAS - Racun untuk Siput Gondang Emas, pengancam pada pesawah... Telah sampai ke UTARA.... sungguh berkesan.. dan tidak menganggu hidupan lain.... Ikan, belut dan sahabat ladang lain tidak mati... Pesawah pun selamat... Kuku anda tidak akan tercabut, kulit juga tidak akan gatal.... sungguh selamat....

kring ... kring ... kring.... call us....

Tuai Padi, Plot Percubaan di Tanjung Karang.

Pada 26 oktober 2011, kami telah menjalankan aktiviti menuai.  Aktiviti ini dilakukan awal seminggu kerana masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan.  Diantara masalah yang melanda pada plot percubaan ini adalah ;
1. Serangan Bena Perang - 13 tompok serangan
2. Padi Rebah ( hujan yang turun tidak berhenti dan angin yang kencang)

Kawasan ini kebiasaannya mendapat 7 tons lebih pada setiap musim dan pada kali ini (plot percubaan) kami mendapat hanya 6.4 tons sahaja atas masalah yang berlaku diatas tadi pada saat2 akhir.... jika tiada berlaku masalah-masalah diatas tadi.. kami (pihak TMS dan tuan tanah sawah ini-en. salim) menganggarkan hasil akan meningkat hingga ke 10 tons.. apakan daya kami apabila serangan dan masalah ini berlaku pada meniti hari-hari utk padi ini dituai... apa2 pun kami amat bersyukur kerana kerosakkan ini tidak mengakibatkan hasil yg teruk..(jika dilihat pada keadaan kerosakkan yg terjadi kami menganggarkan lost 60% dari yg biasa) alhamdulillah ianya tidak berlaku....

Terima kasih En. Salim diatas segala kerjasama yang diberikan dan terima kasih juga pada Jabatan Pertanian Kuala Selangor kerana memberi peluang keemasan ini.

Gambar: Masalah -masalah yang melanda plot percubaan kami pada saat2 akhir...









Begitulah keadaaan yang berlaku di plot percubaan kami.



Saturday 29 October 2011

Plot Percubaan Tanaman Padi: Peringkat 14

 PERINGKAT 14: 22 Oktober 2011

Pada 22 Oktober 2011 kami telah ke plot percubaan tanaman padi untuk meninjau keadaan padi di sana. Pada masa ini pokok padi ini berusia 100 hari.
 Pemandangan plot percubaan tanaman padi pada hari ke-100
Alat yang digunakan untuk menguji pH tanah bagi melihat tahap kesuburan tanah di kawasan plot percubaan

Perbezaan panjang daun padi
KIRI: Plot percubaan tanaman padi TMS (Menggunakan produk TONMAI)
KANAN: Plot kawalan (Tidak menggunakan produk TONMAI)
Pebezaan akar: Akar putih yang banyak menandakan pokok padi lebih subur
 KIRI: Plot percubaan TMS (Akar putih lebih banyak)
KANAN: Plot kawalan (Akar putih sedikit)
 
RUMUSAN AKTIVITI: Meninjau kawasan sekitar plot percubaan