Wednesday, 24 August 2011

Plot Percubaan Tanaman Padi: Peringkat 9

PERINGKAT 9: 23 Ogos 2011

 
Pada 23 Ogos 2011 aktiviti berikutnya adalah menyembur baja Bio-Organik Foliar PADI dan SUPER GOLD. Pada masa ini pokok padi berumur 40 hari (dari tarikh tabur benih)

 
Menyembur baja Bio-Organik Foliar PADI
    
Menyembur baja Bio-Organik Foliar SUPER GOLD

SUPER GOLD (pengisian)  berfungsi untuk menambah kepadatan dan kualiti hasil serta merangsang tumbesaran pokok.
KELEBIHAN:  
  • Merangsang pengeluaran bunga dan buah
  • Menggalakkan penegeluaran hasil yang tinggi
  • Membantu pengisian hasil yang sempurna
  • Meningkatkan kadar penyerapan  makanan tanaman
  • Mempercepatkan proses kematangan
  • Memberikan kekuatan daya tahan kepada tanaman dari penyakit dan cuaca.
Pokok padi yang berumur 40 hari (dari tarikh tabur benih padi)

 
KIRI: Plot yang tidak menggunakan baja Bio-Organik TONMAI
KANAN: Plot TMS Resources & TMS Gold Touch Sdn Bhd yang menggunakan baja Bio-Organik TONMAI 
KIRI: Plot TMS Resources & TMS Gold Touch Sdn Bhd yang menggunakan baja Bio-Organik TONMAI
KANAN: Plot yang tidak menggunakan baja Bio-Organik TONMAI

 
En. Kamarul sedang meninjau-ninjau kawasan PLOT PERCUBAAN
Daun padi yang hijau menunjukkan pokok padi mendapat makanan yang cukup untuk tumbesaran

AKTIVITI RUMUSAN: Menyembur baja Bio-Organik PADI dan SUPER GOLD (Pengisian)

Jambu air yang menggunakan Baja Bio-Organik TONMAI

TESTIMONI: Buah-buahan

Jambu air yang menggunakan BAJA BIO-ORGANIK TONMAI. Hasil yang amat mengagumkan, buah menjadi lebih manis, saiz lebih besar, warna pada kulit lebih menarik.


Tuesday, 23 August 2011

Plot Percubaan Tanaman Padi: Peringkat 8

PERINGKAT 8: 16 Ogos 2011

Pada 16 Ogos 2011 kami meneruskan dengan aktiviti membaja dan meracun serangga. Pada waktu ini pokok padi berusia 33 hari (dari tarikh tabur benih)

Memasukkan baja ke dalam mesin penyembur

Proses menabur baja menggunakan mesin penyembur
  
Mengukur kedalaman air

Menguji pH tanah

Saiz: Panjang daun padi (28 inci).
Menggunakan baja Bio-Organik TONMAI

Saiz: Panjang daun padi (26 inci).
Tidak menggunakan baja Bio-Organik TONMAI

Pokok padi yang berusia 33 hari (dari tarikh tabur benih)


RUMUSAN AKTIVITI: Membaja dan meracun serangga

Plot Percubaan Tanaman Padi: Peringkat 7

PERINGKAT 7: 8 Ogos 2011

Pada 8 Ogos 2011 kami meneruskan aktiviti dengan menyembur baja Bio-Organik Foliar PADI, racun serangga dan racun ulat. Pada masa ini anak pokok padi berusia 25 hari (dari tarikh tabur anak benih)


Aktiviti membaja menggunakan baja Bio-Organik Foliar PADI

Antara kelebihan baja Bio Organik Foliar PADI adalah:
  •       Benih yang di rendam 10-12 jam sahaja
  •       Menjimatkan masa sejat antara 16-20 jam sahaja
  •       Benih boleh ditabur terus dalam air (4-6 inci)
  •       Mempercepatkan percambahan benih dan pertumbuhan sel
  •       Memberi kesan menebal, melebar, memanjang dan menegakkan daun pengasuh
  •       Mengeraskan batang padi dan tahan dari serangan penyakit dan serangga
  •       Merangsang sistem pokok padi untuk meneyerap makanan dari sistem akar     dengan lebih giat.
  •       Membantu membesarkan rangkai, biji padi padat dan berat bertambah.



Akar putih yang banyak menunjukkan padi sihat dan subur


Penggunaan produk baja Bio-Organik TONMAI menjadikan tanah lebih lembut dan subur


 
Kedalaman air


Daun padi yang kelihatan hijau menunjukkan pokok padi mendapat zat yang mencukupi hasil dari penggunaan produk  baja Bio-Organik TONMAI


 
KIRI: Plot Percubaan TMS Resources & TMS Gold Touch Sdn Bhd
KANAN: Tapak sawah padi yang tidak dijaga

RUMUSAN AKTIVITI: Menyembur baja Bio-Organik Foliar PADI, racun serangga dan racun ulat

Plot Percubaan Tanaman Padi: Peringkat 6

PERINGKAT 6: 30 Julai 2011


Pada 30 Julai 2011 kami melakukan aktiviti seterusnya iaitu menyembur baja Bio-Organik Foliar PADI dan racun ulat.

Baja Bio-Organik Foliar PADI RENDAM dan SEMBUR
Fish Amino Acid (FAA) dan Fermented Fruite Juice(FFJ) dan lain-lain unsur yang berasaskan organik memberi kesan Pengcungkil (ALLICITOR) kepada tanaman padi. Makanan organik lengkap dan bermanfaat serta mempunyai mikro membantu memberi kesan penting PERCAMBAHAN dan PERTUMBUHAN benih yang baik.
Benih mampu tumbuh dengan baik walaupun ditabur terus ke dalam air. Bahan galian yang terdapat di dalamnya mampu mempengaruhi sistem di dalam pokok untuk TERANGSANG dari kesan PENGEPAMAN SEKITAR AKAR, KESAN PENYEBARAN PEMAKANAN dan KESAN RINTANGAN.

Memasukkan bancuhan baja Bio-Organik Foliar PADI (TONMAI) ke dalam mesin penyembur

Aktiviti menyembur baja Bio-Organik Foliar PADI

Aktiviti menyembur baja Bio-Organik Foliar PADI

Aktiviti menyembur baja Bio-Organik Foliar PADI
RUMUSAN AKTIVITI: Menyembur baja Bio-Organik Foliar PADI dan Racun Ulat

Plot Percubaan Tanaman Padi: Peringkat 5

PERINGKAT 5: 22 Julai 2011

Pada 22 Julai 2011 kami meneruskan dengan aktiviti meracun rumpai. Pada masa ini anak pokok padi berumur 8 hari (bermula dari tarikh tabur benih padi)

Memasukkan cecair racun rumpai ke dalam mesin penyembur

Aktiviti menyembur racun rumpai

Anak pokok padi yang berusia 8 hari dari tarikh tabur benih

Pemandangan kawasan PLOT PERCUBAAN TANAMAN PADI. Anak pokok padi yang kelihatan hijau dan subur kesan dari penggunaan baja Bio-Organik TONMAI

RUMUSAN AKTIVITI: Meracun rumpai

Monday, 22 August 2011

Plot Percubaan Tanaman Padi: Peringkat 4

PERINGKAT 4: 14 Julai 2011
Pada 14 Julai 2011 kami telah melakukan aktiviti seterusnya iaitu menabur benih padi.
Benih padi yang telah disejat hanya mengambil masa 16-20 jam sahaja

Aktiviti menabur benih padi menggunakan mesin penyembur

Benih padi yang telah ditabur
RUMUSAN AKTIVITI: Menabur benih padi

Plot Percubaan Tanaman Padi: Peringkat 3

PERINGKAT 3: 13 Julai 2011
Pada 13 Julai 2011 kedatangan kami adalah untuk melakukan  aktiviti seterusnya iaitu membaja dan membajak.
Baja yang digunakan adalah BAJA BIO-ORGANIK TONMAI GRANULAR. Baja ini dapat meningkatkan nutrient tanah,  memperbaiki ciri-ciri tanah, meningkatkan kegiatan mikrob, jimat dan mesra alam.

Aktiviti memasukkan BAJA BIO-ORGANIK TONMAI Granular ke dalam mesin penyembur

Aktiviti membaja menggunakan BAJA BIO-ORGANIK TONMAI GRANULAR

BAJA BIO-ORGANIK TONMAI GRANULAR yang mengandungi 58.72% dolomit,  nilai pH antara 8.5-9.5 dan kelembapan <8.

Setelah membaja aktiviti membajak dilakukan menggunakan jentera pembajak

Tanah yang telah dibaja menggunakan BAJA BIO-ORGANIK TONMAI Granular

RUMUSAN AKTIVITI: Membaja dan membajak

Plot Percubaan Tanaman Padi: Peringkat 2

PERINGKAT 2: 12 Julai 2011

Pada 12 julai 2011 kami melakukan  aktiviti seterusnya iaitu merendam benih padi.

Aktiviti membancuh baja BIO-ORGANIK FOLIAR PADI untuk merendam benih padi.

Benih mampu tumbuh dengan baik menggunakan baja BIO-ORGANIK FOLIAR PADI walaupun ditabur terus ke dalam air. Bahan galian yang terdapat didalamnya mampu mempengaruhi sistem di dalam pokok untuk TERANGSANG dari KESAN PENGEPAMAN SEKITAR AKAR, KESAN PENYEBARAN PEMAKANANYA dan KESAN RINTANGAN.
Aktiviti merendam benih padi yang memerlukan masa 10-12 jam sahaja.
Penggunaan BAJA BIO-ORGANIK FOLIAR PADI dapat menjimatkan masa rendaman.

Alat yang digunakan untuk menguji pH air

RUMUSAN AKTIVITI: Merendam benih padi dan menguji pH air


Plot Percubaan Tanaman Padi: Peringkat 1

Syarikat TMS Resources dan TMS Gold Touch Sdn Bhd telah diberi kepercayaan oleh JABATAN PERTANIAN KUALA SELANGOR untuk membuat PLOT PERCUBAAN TANAMAN PADI di Sawah Sempadan, Tanjung Karang, Selangor.  Produk asas bagi plot percubaan ini adalah BAJA BIO-ORGANIK TONMAI GRANULAR, BAJA BIO-ORGANIK FOLIAR (PADI & SUPER GOLD) dan TANJUNG EMAS (Racun Organik Siput Gondang Emas)
PERINGKAT 1: 6 Julai 2011
Pada 6 Julai 2011 kami telah memulakan kerja-kerja penghantaran barang keperluan seperti baja, racun, benih padi, papan tanda dan ala-alat keperluan lain untuk plot percubaan ini. Kami juga melakukan kerja pemasangan papan tanda dan menguji tahap kesuburan tanah serta meninjau kawasan sekitar tapak plot percubaan.
Benih padi dan BAJA BIO-ORGANIK TONMAI GRANULAR yang telah dihantar dan akan digunakan untuk plot percubaan .

Papan tanda yang telah siap di pasang

Tapak sawah padi yang akan digunakan untuk PLOT PERCUBAAN


 Alat yang digunakan untuk menguji pH tanah. Tujuan ia diuji untuk melihat tahap kesuburan tanah dikawasan tapak PLOT PERCUBAAN.

 Meninjau kawasan tapak PLOT PERCUBAAN (Sistem Saliran)


Semasa meninjau kawasan sekitar TAPAK PLOT PERCUBAAN kami  telah menemui telur Siput Gondang Emas dan Siput Gondang Emas yang telah mati kesan dari penggunaan TANJUNG EMAS (Racun Organik Siput Gondang Emas)


SIPUT GONDANG EMAS sejenis makluk perosak yang boleh menyebabkan kehilangan 93% hasil padi dan ianya merupakan perosak utama bagi tanaman padi di Malaysia.

Pelbagai cara boleh digunakan untuk menghapuskan siput ini antaranya menggunakan kaedah menternak itik untuk menghapuskan serangan siput gondang emas,  mengutip dan membuang siput ini atau membuat semburan racun secara berkelompok.

Bagi pihak TMS Resources dan TMS Gold Touch Sdn bhd penggunaan TANJUNG EMAS adalah cara yang terbaik untuk menghapuskan Siput Gondang Emas.  TANJUNG EMAS adalah sejenis racun yang dapat menghapuskan Siput Gondang Emas dalam masa 3-4 jam. Penggunaannya tidak memberi kesan sampingan kepada tumbuhan, manusia, tanah dan sahabat ladang yang lain kerana ianya organik.

RUMUSAN AKTIVITI: Melakukan kerja-kerja penghantaran barang, pemasangan papan tanda dan membuat tinjauan kawan tapak PLOT PERCUBAAN TANAMAN PADI


Melawat Ladang Tanaman Buah-Buahan di Sungai Tengi (Felda Agricultural Services Sdn Bhd)

Pada 24 Jun 2011 kami telah ke Sungai Tengi untuk melawat LADANG TANAMAN BUAH-BUAHAN milik Felda Agricultural Services Sdn Bhd. Mereka membawa kami melawat ladang tanaman buah-buahan bagi meninjau-ninjau dan melihat keadaan di sana. Di sana kami melakukan aktiviti menguji pH tanah untuk melihat tahap kesuburan tanah di sana.


 Kawasan ladang tanaman buah-buaha milik Felda Agricultural Services Sdn Bhd
 Pokok cempedak
 Pokok kelapa

Alat yang digunakan untuk menguji pH tanah untuk melihat tahap kesuburan tanah di kawasan tersebut

Sesi perbincangan dan berkongsi maklumat antara pihak Felda Agricultural Sevices Sdn Bhd dan TMS Gold Touch Sdn Bhd