Pada 5 Ogos 2010 kami telah ke Kampung Parit Hj Aman untuk melihat sendiri ACARA TUAI PADI di plot percubaan dan melihat bagaimana proses menuai dilakukan. Acara ini disertai oleh pelajar dari ‘International University College of Twintect Tecnology (IUCTT)’ dan penduduk kampung.
Sesi suai kenal antara warga TMS Resources, pelajar ‘International University College of Twintect Tecnology (IUCTT) dan pemilik plot percubaan tanaman padi iaitu Tuan Hj Zulkifli
Membawa semua peserta yang terlibat di dalam program ini meninjau kawasan tanaman padi yang akan dituai
Dr. Aziz memberi sedikit penerangan atau taklimat berkenaan penggunaan baja Bio-Organik TONMAI kepada pelajar dan penduduk kampung yang hadir.
Antara penduduk kampung yang hadir
Proses menuai padi di jalankan
Hasil tuaian di plot percubaan yang menggunakan baja Bio-Organik TONMAI adalah 6.4 metrik tan sehektar berbanding sebelum ini 4.3 metrik tan sehektar. Hasil padi sebelum ini tidak pernah melebihi 4.3 metrik tan sehektar kerana mempunyai masalah tanah tidak subur atau tanah masam. Setelah menggunakan baja Bio-Organik TONMAI ternyata ia dapat meningkatkan hasil pengeluaran padi
Barisan pelajar ‘International University College of Twintect Tecnology (IUCTT), warga TMS Resources dan Tuan Tanah Plot Percubaan Acara Tuai Padi
No comments:
Post a Comment