Monday 22 August 2011

Plot Percubaan Tanaman Padi: Peringkat 1

Syarikat TMS Resources dan TMS Gold Touch Sdn Bhd telah diberi kepercayaan oleh JABATAN PERTANIAN KUALA SELANGOR untuk membuat PLOT PERCUBAAN TANAMAN PADI di Sawah Sempadan, Tanjung Karang, Selangor.  Produk asas bagi plot percubaan ini adalah BAJA BIO-ORGANIK TONMAI GRANULAR, BAJA BIO-ORGANIK FOLIAR (PADI & SUPER GOLD) dan TANJUNG EMAS (Racun Organik Siput Gondang Emas)
PERINGKAT 1: 6 Julai 2011
Pada 6 Julai 2011 kami telah memulakan kerja-kerja penghantaran barang keperluan seperti baja, racun, benih padi, papan tanda dan ala-alat keperluan lain untuk plot percubaan ini. Kami juga melakukan kerja pemasangan papan tanda dan menguji tahap kesuburan tanah serta meninjau kawasan sekitar tapak plot percubaan.
Benih padi dan BAJA BIO-ORGANIK TONMAI GRANULAR yang telah dihantar dan akan digunakan untuk plot percubaan .

Papan tanda yang telah siap di pasang

Tapak sawah padi yang akan digunakan untuk PLOT PERCUBAAN


 Alat yang digunakan untuk menguji pH tanah. Tujuan ia diuji untuk melihat tahap kesuburan tanah dikawasan tapak PLOT PERCUBAAN.

 Meninjau kawasan tapak PLOT PERCUBAAN (Sistem Saliran)


Semasa meninjau kawasan sekitar TAPAK PLOT PERCUBAAN kami  telah menemui telur Siput Gondang Emas dan Siput Gondang Emas yang telah mati kesan dari penggunaan TANJUNG EMAS (Racun Organik Siput Gondang Emas)


SIPUT GONDANG EMAS sejenis makluk perosak yang boleh menyebabkan kehilangan 93% hasil padi dan ianya merupakan perosak utama bagi tanaman padi di Malaysia.

Pelbagai cara boleh digunakan untuk menghapuskan siput ini antaranya menggunakan kaedah menternak itik untuk menghapuskan serangan siput gondang emas,  mengutip dan membuang siput ini atau membuat semburan racun secara berkelompok.

Bagi pihak TMS Resources dan TMS Gold Touch Sdn bhd penggunaan TANJUNG EMAS adalah cara yang terbaik untuk menghapuskan Siput Gondang Emas.  TANJUNG EMAS adalah sejenis racun yang dapat menghapuskan Siput Gondang Emas dalam masa 3-4 jam. Penggunaannya tidak memberi kesan sampingan kepada tumbuhan, manusia, tanah dan sahabat ladang yang lain kerana ianya organik.

RUMUSAN AKTIVITI: Melakukan kerja-kerja penghantaran barang, pemasangan papan tanda dan membuat tinjauan kawan tapak PLOT PERCUBAAN TANAMAN PADI


1 comment: