Saturday, 29 October 2011

Plot Percubaan Tanaman Padi: Peringkat 14

 PERINGKAT 14: 22 Oktober 2011

Pada 22 Oktober 2011 kami telah ke plot percubaan tanaman padi untuk meninjau keadaan padi di sana. Pada masa ini pokok padi ini berusia 100 hari.
 Pemandangan plot percubaan tanaman padi pada hari ke-100
Alat yang digunakan untuk menguji pH tanah bagi melihat tahap kesuburan tanah di kawasan plot percubaan

Perbezaan panjang daun padi
KIRI: Plot percubaan tanaman padi TMS (Menggunakan produk TONMAI)
KANAN: Plot kawalan (Tidak menggunakan produk TONMAI)
Pebezaan akar: Akar putih yang banyak menandakan pokok padi lebih subur
 KIRI: Plot percubaan TMS (Akar putih lebih banyak)
KANAN: Plot kawalan (Akar putih sedikit)
 
RUMUSAN AKTIVITI: Meninjau kawasan sekitar plot percubaan

Sunday, 23 October 2011

PENGUMUMAN PENTING!!!!!!!

Untuk makluman semua pejabat kami yang beroperasi di Bandar Sri Damansara akan berpindah ke Nilai 7, N.Sembilan. Di sana kami telah membuka sebuah kilang bagi produk baja Bio-Organik TONMAI. Kami akan memulakan operasi pada bulan November 2011. Sebarang pertanyaan sila hubungi En Zhafran HP: 012-2929224.
Sekian, terima kasih

Sunday, 9 October 2011

Plot Percubaan Tanaman Padi: Peringkat 13

PERINGKAT 13: 06 Oktober 2011
Pada 6 Oktober 2011 kami meneruskan dengan aktiviti membaja baja Bio-Organik Foliar SUPER GOLD (pengisian) dan menyembur racun (racun ulat dan bena perang). Pada waktu ini pokok padi berumur 84 hari.

Aktiviti memasukkan bancuhan ke dalam mesin penyembur

 
Aktiviti menyembur baja Bio-Organik Foliar SUPER GOLD

SUPER GOLD (pengisian)
Menambahkan kepadatan dan kualiti hasil serta merangsang tumbesaran pokok.

Kelebihan:
  • Merangsang pengeluaran bunga dan buah
  • Menggalakkan pengeluaran hasil yang tinggi
  • Membantu pengisian hasil yang sempurna
  • Meningkatkan kadar penyerapan makanan tambahan
  • Mempercepatkan proses kematangan
  • Memberi kekuatan daya tahan kepada tanaman dan penyakit cuaca.
Kandungan: Nitrogen (12.5 %), P2O5 (2.5%), K2O (13.5%), MgO (2516 ppm), Molybdenum(3.5ppm), Manganese (234.2 ppm), Zinc (178ppm), Organic Carbon (4.7%)



Aktiviti menyembur racun

Ini adalah hasil yang dapat dilihat pada hari ke-84

 Pokok padi kelihatan hijau, subur dan sihat hasil penggunaan baja Bio-Organik TONMAI

RUMUSAN AKTIVITI: Membaja menggunakan baja Bio-Organik TONMAI dan meracun (racun ulat & bena perang)