Sunday, 9 October 2011

Plot Percubaan Tanaman Padi: Peringkat 13

PERINGKAT 13: 06 Oktober 2011
Pada 6 Oktober 2011 kami meneruskan dengan aktiviti membaja baja Bio-Organik Foliar SUPER GOLD (pengisian) dan menyembur racun (racun ulat dan bena perang). Pada waktu ini pokok padi berumur 84 hari.

Aktiviti memasukkan bancuhan ke dalam mesin penyembur

 
Aktiviti menyembur baja Bio-Organik Foliar SUPER GOLD

SUPER GOLD (pengisian)
Menambahkan kepadatan dan kualiti hasil serta merangsang tumbesaran pokok.

Kelebihan:
  • Merangsang pengeluaran bunga dan buah
  • Menggalakkan pengeluaran hasil yang tinggi
  • Membantu pengisian hasil yang sempurna
  • Meningkatkan kadar penyerapan makanan tambahan
  • Mempercepatkan proses kematangan
  • Memberi kekuatan daya tahan kepada tanaman dan penyakit cuaca.
Kandungan: Nitrogen (12.5 %), P2O5 (2.5%), K2O (13.5%), MgO (2516 ppm), Molybdenum(3.5ppm), Manganese (234.2 ppm), Zinc (178ppm), Organic Carbon (4.7%)



Aktiviti menyembur racun

Ini adalah hasil yang dapat dilihat pada hari ke-84

 Pokok padi kelihatan hijau, subur dan sihat hasil penggunaan baja Bio-Organik TONMAI

RUMUSAN AKTIVITI: Membaja menggunakan baja Bio-Organik TONMAI dan meracun (racun ulat & bena perang)

No comments:

Post a Comment