Friday, 23 December 2011

Tuai Padi, Plot Percubaan di Tanjung Karang.

Pada 26 oktober 2011, kami telah menjalankan aktiviti menuai.  Aktiviti ini dilakukan awal seminggu kerana masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan.  Diantara masalah yang melanda pada plot percubaan ini adalah ;
1. Serangan Bena Perang - 13 tompok serangan
2. Padi Rebah ( hujan yang turun tidak berhenti dan angin yang kencang)

Kawasan ini kebiasaannya mendapat 7 tons lebih pada setiap musim dan pada kali ini (plot percubaan) kami mendapat hanya 6.4 tons sahaja atas masalah yang berlaku diatas tadi pada saat2 akhir.... jika tiada berlaku masalah-masalah diatas tadi.. kami (pihak TMS dan tuan tanah sawah ini-en. salim) menganggarkan hasil akan meningkat hingga ke 10 tons.. apakan daya kami apabila serangan dan masalah ini berlaku pada meniti hari-hari utk padi ini dituai... apa2 pun kami amat bersyukur kerana kerosakkan ini tidak mengakibatkan hasil yg teruk..(jika dilihat pada keadaan kerosakkan yg terjadi kami menganggarkan lost 60% dari yg biasa) alhamdulillah ianya tidak berlaku....

Terima kasih En. Salim diatas segala kerjasama yang diberikan dan terima kasih juga pada Jabatan Pertanian Kuala Selangor kerana memberi peluang keemasan ini.

Gambar: Masalah -masalah yang melanda plot percubaan kami pada saat2 akhir...









Begitulah keadaaan yang berlaku di plot percubaan kami.



No comments:

Post a Comment