Friday, 23 December 2011

TANJUNG EMAS .... dah ke UTARA....

Salam Semua..... Buat masa ini, produk kami TANJUNG EMAS - Racun untuk Siput Gondang Emas, pengancam pada pesawah... Telah sampai ke UTARA.... sungguh berkesan.. dan tidak menganggu hidupan lain.... Ikan, belut dan sahabat ladang lain tidak mati... Pesawah pun selamat... Kuku anda tidak akan tercabut, kulit juga tidak akan gatal.... sungguh selamat....

kring ... kring ... kring.... call us....

Tuai Padi, Plot Percubaan di Tanjung Karang.

Pada 26 oktober 2011, kami telah menjalankan aktiviti menuai.  Aktiviti ini dilakukan awal seminggu kerana masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan.  Diantara masalah yang melanda pada plot percubaan ini adalah ;
1. Serangan Bena Perang - 13 tompok serangan
2. Padi Rebah ( hujan yang turun tidak berhenti dan angin yang kencang)

Kawasan ini kebiasaannya mendapat 7 tons lebih pada setiap musim dan pada kali ini (plot percubaan) kami mendapat hanya 6.4 tons sahaja atas masalah yang berlaku diatas tadi pada saat2 akhir.... jika tiada berlaku masalah-masalah diatas tadi.. kami (pihak TMS dan tuan tanah sawah ini-en. salim) menganggarkan hasil akan meningkat hingga ke 10 tons.. apakan daya kami apabila serangan dan masalah ini berlaku pada meniti hari-hari utk padi ini dituai... apa2 pun kami amat bersyukur kerana kerosakkan ini tidak mengakibatkan hasil yg teruk..(jika dilihat pada keadaan kerosakkan yg terjadi kami menganggarkan lost 60% dari yg biasa) alhamdulillah ianya tidak berlaku....

Terima kasih En. Salim diatas segala kerjasama yang diberikan dan terima kasih juga pada Jabatan Pertanian Kuala Selangor kerana memberi peluang keemasan ini.

Gambar: Masalah -masalah yang melanda plot percubaan kami pada saat2 akhir...









Begitulah keadaaan yang berlaku di plot percubaan kami.



Saturday, 29 October 2011

Plot Percubaan Tanaman Padi: Peringkat 14

 PERINGKAT 14: 22 Oktober 2011

Pada 22 Oktober 2011 kami telah ke plot percubaan tanaman padi untuk meninjau keadaan padi di sana. Pada masa ini pokok padi ini berusia 100 hari.
 Pemandangan plot percubaan tanaman padi pada hari ke-100
Alat yang digunakan untuk menguji pH tanah bagi melihat tahap kesuburan tanah di kawasan plot percubaan

Perbezaan panjang daun padi
KIRI: Plot percubaan tanaman padi TMS (Menggunakan produk TONMAI)
KANAN: Plot kawalan (Tidak menggunakan produk TONMAI)
Pebezaan akar: Akar putih yang banyak menandakan pokok padi lebih subur
 KIRI: Plot percubaan TMS (Akar putih lebih banyak)
KANAN: Plot kawalan (Akar putih sedikit)
 
RUMUSAN AKTIVITI: Meninjau kawasan sekitar plot percubaan

Sunday, 23 October 2011

PENGUMUMAN PENTING!!!!!!!

Untuk makluman semua pejabat kami yang beroperasi di Bandar Sri Damansara akan berpindah ke Nilai 7, N.Sembilan. Di sana kami telah membuka sebuah kilang bagi produk baja Bio-Organik TONMAI. Kami akan memulakan operasi pada bulan November 2011. Sebarang pertanyaan sila hubungi En Zhafran HP: 012-2929224.
Sekian, terima kasih

Sunday, 9 October 2011

Plot Percubaan Tanaman Padi: Peringkat 13

PERINGKAT 13: 06 Oktober 2011
Pada 6 Oktober 2011 kami meneruskan dengan aktiviti membaja baja Bio-Organik Foliar SUPER GOLD (pengisian) dan menyembur racun (racun ulat dan bena perang). Pada waktu ini pokok padi berumur 84 hari.

Aktiviti memasukkan bancuhan ke dalam mesin penyembur

 
Aktiviti menyembur baja Bio-Organik Foliar SUPER GOLD

SUPER GOLD (pengisian)
Menambahkan kepadatan dan kualiti hasil serta merangsang tumbesaran pokok.

Kelebihan:
  • Merangsang pengeluaran bunga dan buah
  • Menggalakkan pengeluaran hasil yang tinggi
  • Membantu pengisian hasil yang sempurna
  • Meningkatkan kadar penyerapan makanan tambahan
  • Mempercepatkan proses kematangan
  • Memberi kekuatan daya tahan kepada tanaman dan penyakit cuaca.
Kandungan: Nitrogen (12.5 %), P2O5 (2.5%), K2O (13.5%), MgO (2516 ppm), Molybdenum(3.5ppm), Manganese (234.2 ppm), Zinc (178ppm), Organic Carbon (4.7%)



Aktiviti menyembur racun

Ini adalah hasil yang dapat dilihat pada hari ke-84

 Pokok padi kelihatan hijau, subur dan sihat hasil penggunaan baja Bio-Organik TONMAI

RUMUSAN AKTIVITI: Membaja menggunakan baja Bio-Organik TONMAI dan meracun (racun ulat & bena perang)

Wednesday, 28 September 2011

Plot Percubaan Tanaman Padi: Peringkat 12


PERINGKAT 12: 26 September 2011
Pada 26 September 2011 aktiviti yang kami lakukan adalah meninjau Plot Percubaan Tanaman Padi. Ini adalah hari ke-74 dan kami dapati pokok padi sudah mula berbunga.

Pokok padi yang telah berbunga (hari ke-74)

Pokok padi yang telah berbunga (hari ke-74)


Pokok padi yang telah berbunga (hari ke-74)
Hasil penggunaan produk Baja Bio-Organik TONMAI

Pokok padi yang telah berbunga (hari ke-74)
Pokok padi kelihatan sihat dan subur


RUMUSAN AKTIVITI: Meninjau-ninjau kawasan Plot Percubaan

Thursday, 15 September 2011

Plot Percubaan Tanaman Padi: Peringkat 11

PERINGKAT 11: 14 September 2011
Pada 14 September 2011 kami meneruskan dengan aktiviti membaja menggunakan baja Bio-Organik TONMAI Foliar PADI & SUPER GOLD (hari ke 62 dari tarikh tabur benih)

 
Aktiviti menyembur baja Bio-Organik TONMAI Foliar PADI
 
Fish Amino Acid (FAA) dan Fermented Fruite Juice (FFJ) dan lain-lain unsur yang berasaskan organik memberi kesan Pencungkil (ALLICITOR) kepada tanaman padi. Makanan organik lengkap dan bermanfaat serta mempunyai mikro membantu memberi kesan penting PERCAMBAHAN dan PERTUMBUHAN benih yang baik.
Benih mampu tumbuh dengan baik walaupun ditabur terus ke dalam air. Bahan galian yang terdapat di dalamnya mampu mempengaruhi sistem di dalam pokok untuk TERANGSANG dari kesan PENGEPAMAN SEKITAR AKAR. KESAN PENYEBARAN PEMAKANAN dan KESAN RINTANGAN

 
KELEBIHAN TONMAI FOLIAR PADI
  • Benih hanya direndam 10-12 jam sahaja.
  • Menjimatkan masa sejat antara 16-20 jam sahaja.
  • Benih boleh ditabur terus dalam air (4-6 inci).
  • Mempercepatkan percambahan benih dan pertumbuhan sel
  • Memberi kesan menebal, melebar, memanjang dan menegakkan daun pengasuh.
  • Mengeraskan batang padi dan tahan dari serangan penyakit dan serangga.
  • Merangsang sistem pokok padi untuk menyerap makanan dari sistem akar dengan lebih giat.
  • Membantu membesarkan rangkai, biji padi padat dan berat bertambah.
 
Aktiviti menyembur baja Bio-Organik TONMAI Foliar SUPER GOLD
 
TONMAI FOLIAR SUPER GOLD (Pengisian) adalah untuk menambahkan kepadatan dan kualiti hasil serta merangsang tumbesaran pokok.

 
KELEBIHAN TONMAI FOLIAR SUPER GOLD:
  • Merangsang pengeluaran bunga dan buah
  • Menggalakkan pengeluaran hasil yang tinggi
  • Membantu pengisian hasil yang sempurna
  • Meningkatkan kadar penyerapan makanan tanaman
  • Mempercepatkan proses kematangan
  • Memberi kekuatan daya tahan kepada tanaman dari penyakit dan cuaca
 

 
Akar putih yang banyak menunjukkan pokok padi hidup sihat dan subur
 
SAIZ: Panjang Daun Padi
*Daun pokok padi disebelah kiri lebih panjang berbanding disebelah kanan*
KIRI: Menggunakan baja Bio-Organik TONMAI, terdapat 29 batang padi dalam serumpun
(Plot Percubaan TMS Resources & TMS Gold Touch Sdn Bhd)
KANAN: Tidak menggunakan baja Bio-Organik TONMAI, terdapat hanya 15 batang padi dalam serumpun
 

 
TANAH
KIRI: Menggunakan Baja Bio-Organik TONMAI, tanah lebih subur dan lembut
KANAN: Tidak menggunakan baja Bio-Organik TONMAI
 
RUMUSAN AKTIVITI: Membaja menggunakan baja Bio-Organik TONMAI Foliar SUPER & SUPER GOLD
 

Thursday, 8 September 2011

Plot Percubaan Tanaman Padi: Peringkat 10

PERINGKAT 10: 7 September 2011
Pada 7 September 2011 kami meneruskan dengan aktiviti membaja, pada waktu ini plot percubaan tanaman padi berumur 55 hari (dari tarikh tabur benih padi).


Aktiviti membaja pada hari ke-55


Pokok padi yang hijau dan subur hasil penggunaan pakej baja Bio-Organik TONMAI


Pemandangan di kawasan plot percubaan ( hari ke-55)


Pemandangan di kawasan plot percubaan ( hari ke-55)


Masalah Siput Gondang Emas yang merosakkan tanaman padi di kawasan Tanjung Karang, Selangor akhirnya menemui jalan penyelesaian iaitu dengan menggunaan produk TANJUNG EMAS (Racun Organik Siput Gondang Emas)
TANJUNG EMAS adalah produk yang selamat dan tidak memberi kesan sampingan kepada manusia, tanaman, ternakan, tanah dan sahabat ladang.


Daun padi kelihatan panjang, hijau dan subur hasil penggunaan baja Bio-Organik TONMAI

RUMUSAN AKTIVITI: Membaja.

Wednesday, 24 August 2011

Plot Percubaan Tanaman Padi: Peringkat 9

PERINGKAT 9: 23 Ogos 2011

 
Pada 23 Ogos 2011 aktiviti berikutnya adalah menyembur baja Bio-Organik Foliar PADI dan SUPER GOLD. Pada masa ini pokok padi berumur 40 hari (dari tarikh tabur benih)

 
Menyembur baja Bio-Organik Foliar PADI
    
Menyembur baja Bio-Organik Foliar SUPER GOLD

SUPER GOLD (pengisian)  berfungsi untuk menambah kepadatan dan kualiti hasil serta merangsang tumbesaran pokok.
KELEBIHAN:  
  • Merangsang pengeluaran bunga dan buah
  • Menggalakkan penegeluaran hasil yang tinggi
  • Membantu pengisian hasil yang sempurna
  • Meningkatkan kadar penyerapan  makanan tanaman
  • Mempercepatkan proses kematangan
  • Memberikan kekuatan daya tahan kepada tanaman dari penyakit dan cuaca.
Pokok padi yang berumur 40 hari (dari tarikh tabur benih padi)

 
KIRI: Plot yang tidak menggunakan baja Bio-Organik TONMAI
KANAN: Plot TMS Resources & TMS Gold Touch Sdn Bhd yang menggunakan baja Bio-Organik TONMAI 
KIRI: Plot TMS Resources & TMS Gold Touch Sdn Bhd yang menggunakan baja Bio-Organik TONMAI
KANAN: Plot yang tidak menggunakan baja Bio-Organik TONMAI

 
En. Kamarul sedang meninjau-ninjau kawasan PLOT PERCUBAAN
Daun padi yang hijau menunjukkan pokok padi mendapat makanan yang cukup untuk tumbesaran

AKTIVITI RUMUSAN: Menyembur baja Bio-Organik PADI dan SUPER GOLD (Pengisian)

Jambu air yang menggunakan Baja Bio-Organik TONMAI

TESTIMONI: Buah-buahan

Jambu air yang menggunakan BAJA BIO-ORGANIK TONMAI. Hasil yang amat mengagumkan, buah menjadi lebih manis, saiz lebih besar, warna pada kulit lebih menarik.


Tuesday, 23 August 2011

Plot Percubaan Tanaman Padi: Peringkat 8

PERINGKAT 8: 16 Ogos 2011

Pada 16 Ogos 2011 kami meneruskan dengan aktiviti membaja dan meracun serangga. Pada waktu ini pokok padi berusia 33 hari (dari tarikh tabur benih)

Memasukkan baja ke dalam mesin penyembur

Proses menabur baja menggunakan mesin penyembur
  
Mengukur kedalaman air

Menguji pH tanah

Saiz: Panjang daun padi (28 inci).
Menggunakan baja Bio-Organik TONMAI

Saiz: Panjang daun padi (26 inci).
Tidak menggunakan baja Bio-Organik TONMAI

Pokok padi yang berusia 33 hari (dari tarikh tabur benih)


RUMUSAN AKTIVITI: Membaja dan meracun serangga